-KeJaYaAn ItU dIcIpTa OlEh InSaN bIaSa YaNg BeRuSaHa SeCaRa LuAr BiAsA-

Sabtu, 16 April 2011

bersabarlah menghadapi ujian

Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.
Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.
Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.

Mengenai ujian kesusahan, firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:
[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira.

Ciri Manusia Yang Sabar

Manusia yang sabar ialah mereka yang apabila ditimpa kesusahan akan segera ingat kepada Allah, dengan berkata, "Inna lillah wa inna ilayhi raji'un," bahawa hidup kita ini secara keseluruhannya adalah hak milik mutlak Allah - apa sahaja yang kita miliki, baik harta, kuasa, bahkan nyawa kita dan orang-orang yang kita sayangi kesemuanya adalah hak milik Allah. Maka pastinya Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya ke atas segala yang dimiliki-Nya, dan akan tiba masa dan ketika di mana kesemuanya akan dikembalikan kepada-Nya.
Para 'ulama mengingatkan bahawa sabar itu mestilah berlaku pada pukulan pertama, iaitu ketika mula-mula musibah melanda. Bukannya seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Manusia apabila mula-mula ditimpa musibah, ramai yang akan cepat melatah dan tidak redha dengan ketentuan tersebut. Setelah keadaan reda sedikit dan dia mula sedar bahawa dia tidak memiliki jalan keluar, barulah dia akan mula insaf, redha kepada ketentuan Tuhan dan berkata, "Sabar sahajalah, nak buat macam mana lagi..."
Itu bukanlah konsep sabar yang sebenar. Sabar yang sebenar ialah pada detik pertama musibah melanda, lantas manusia yang bersabar terus redha dengan ketentuan Allah tanpa sedikit pun timbul rasa kecewa atau penyesalan. Mereka inilah yang akan mendapat khabar gembira tersebut walaupun dilanda kesusahan.
Apa pula bentuk khabar gembira itu? Pertama khabar gembira itu datang dalam bentuk selawat daripada Allah, iaitu mendapat keberkatan daripada Allah dan keampunan dari dosa-dosa.
Kemudian datang pula rahmat Allah melimpahi mereka. Sa'id ibn Jubayr rahimahullah, seorang tokoh Tabi'in mengatakan bahawa rahmat itu ialah pelindung daripada siksa azab neraka. Dan akhirnya mereka adalah orang yang benar-benar mendapat petunjuk daripada Allah. Orang yang mendapat petunjuk pula akan mendapat ganjaran yang banyak kerana mereka mengikut petunjuk Allah.

Abu Salamah Dan Ummu Salamah

Ada satu kisah menarik yang perlu kita soroti. Siapa yang tidak kenal akan Abu Salamah dan isterinya, Ummu Salamah, radiyallahu 'anhuma. Kedua-duanya adalah antara sahabat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam yang terawal memeluk Islam. Mereka berdua adalah antara pasangan yang sangat bahagia, namun ditentang oleh suku kaum mereka kerana mereka memeluk Islam. Suku Makhzum adalah antara puak yang terkenal sangat kuat menentang Islam di Makkah.
Pada awalnya, kedua-dua Abu Salamah dan Ummu Salamah berhijrah ke Habsyah. Kemudian tatkala timbul seruan hijrah ke Madinah, bersiap-siaplah Abu Salamah, Ummu Salamah dan anak mereka Salamah untuk berhijrah ke Madinah. Abu Salamah hanya memiliki seekor unta, maka dia terpaksa berjalan dan membiarkan isteri dan anaknya menunggang unta.
Malang sekali di pertengahan jalan, kaum keluarga mereka telah mengejar dan menahan mereka. Unta Abu Salamah dirampas, manakala Ummu Salamah dibawa pulang oleh keluarganya ke Makkah manakala keluarga Abu Salamah pula mengambil anak mereka Salamah kembali ke Makkah jua. Akhirnya Abu Salamah terpaksa berhijrah ke Madinah seorang diri, dan terpisahlah ketiga-tiga mereka.
Setiap hari, Ummu Salamah akan kembali ke tempat mereka dipisahkan dan mengenangkan suaminya di Madinah dan anaknya yang dijaga oleh keluarga suaminya di Makkah. Lebih kurang setahun ketiga-tiga mereka hidup terpisah sehinggalah akhirnya Ummu Salamah dan anaknya dibebaskan.
Dengan semangat yang kuat, Ummu Salamah membawa anaknya, Salamah yang masih kecil untuk ke Madinah. Bayangkan seorang wanita dan anak kecilnya ingin berjalan jauh menuju ke pangkuan suami berseorangan semata-mata kerana ingin menjaga agamanya!
Ummu Salamah tidak mahu berlengah kerana takut suku kaumnya akan merubah fikiran dan kembali menahannya dan memisahkannya dari anaknya. Lantas dia memulakan perjalanan, dan sesampainya di Tan'im, penjaga Kaabah - Uthman ibn Talhah yang masih belum memeluk Islam berpendapat bahawa tidaklah patut Ummu Salamah dan anak kecilnya dibiarkan berkelana ke Madinah tanpa ditemani lelaki. Maka dia berjanji kepada Ummu Salamah bahawa dia akan membawa mereka ke Madinah.
Akhirnya bersatulah kembali Ummu Salamah dan suaminya, Abu Salamah. Percintaan suami isteri ini sangatlah kuat, sehingga dikatakan pada suatu hari, Ummu Salamah berkata kepada suaminya bahawa dia (Ummu Salamah) mendengar daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam bahawa sekiranya kedua-dua suami isteri dapat masuk syurga, maka si suami akan kembali bersama isterinya jika isterinya tidak berkahwin lain selepas kematian suaminya; begitu juga isteri akan bersama suaminya jika suaminya tidak berkahwin lain selepas isterinya mati.
Lantas Ummu Salamah meminta suaminya agar mereka sama-sama berjanji untuk tidak berkahwin lain jika salah seorang mereka mati dahulu agar dapat bersama-sama kembali di syurga. Tetapi suaminya, Abu Salamah berkata, sekiranya dia (Abu Salamah) mati dahulu, dia mahu isterinya berkahwin lagi. Lantas Abu Salamah berdoa kepada Allah, andai dia (Abu Salamah) mati dahulu, kurniakanlah kepada isterinya seorang suami yang lebih baik darinya. Begitu hebat cinta dan kasih sayang kedua-dua suami isteri ini.
Pada peperangan Uhud, Abu Salamah mengalami kecederaan teruk. Ketika masih dirawat isterinya, Abu Salamah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam memberitahu, sesiapa yang ditimpa bala musibah, hendaklah dia menyebut istirja' (Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un), dan berdoa, "Ya Allah, berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yang melanda diriku, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya, maka pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik." Akhirnya Abu Salamah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, dan tinggallah Ummu Salamah bersama anak-anak mereka di Madinah.
Ummu Salamah, tatkala teringat kembali akan kata-kata suaminya, sering melafazkan istirja' dan doa tersebut. Cuma dia seringkali tidak dapat meneruskan lafaz 'berilah ganti yang lebih baik', dan jika disebut juga lafaz tersebut, dia akan terkenang kerana baginya siapakah lelaki yang dapat menjadi suamu yang lebih baik daripada Abu Salamah. Segala kesusahan yang pernah mereka alami tatkala mula-mula memeluk Islam, ditambah dengan kebahagiaan mereka di Madinah menguatkan lagi rasa cinta Ummu Salamah kepada suaminya. Namun akhirnya berkat doa Ummu Salamah tersebut Allah mengurniakan Ummu Salamah seorang suami yang akhirnya diakui lebih baik dari Abu Salamah. Siapakah lelaki itu? Tidak lain daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam sendiri.
Lihat sahaja ujian yang melanda Ummu Salamah. Ujian apakah yang lebih berat daripada kehilangan insan-insan tersayang yang banyak pula menempuh suka duka kehidupan bersama di jalan Allah. Namun Allah tetap memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang bersabar.

KEHEBATAN SYURGA BERDASARKAN AL-QURAN

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

KeLeMbUtAn ItU kEbAiKaN

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."(Riwayat Muslim)
Sifat Lemah Lembut

1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.
3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal."(Riwayat Muslim)
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَMaka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Surah Ali-Imran 3: Ayat Ke 159)
 

Ahad, 10 April 2011

-kAsIh ILAHI-

Indahnya kasih Ilahi,
Sucikan dengan kewajipan,
Kau rasai satu kenikmatan,
Hidup dibawah taklukanNya...
Hiasilah diri dengan keimanan,
Tingkatkan ketaqwaan,
Tunaikanlah kewajipan,
Pada Allah yang menciptakan...
Semesta...
Warnailah kehidupanmu,
Iman itu mutiara penghias diri,
Peliharalah ia dengan kesungguhan,
Demi cintamu pada Allah...
Ya Rahman...
Dia yang memberi,
Dia Maha mengasihi,
Bersyukur cara terbaik,
Semakin kau meminta padaNya...
Moga dikau akan merasai,
Betapa indah kasih Ilahi,
Ku yakinkan kau akan dirahmati...
Betapa indahnya nikmat Ilahi,
Memohon doa kepada Tuhan,
Rasul junjungan diteladani,
Dunia akhirat kita imbangi...

-KiBlAt KiTa YaNg SaTu-

Apa hikmah kiblat kita satu? Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui akan rahsia dan hikmah setiap perkara yang diperintahkan oleh Nya kepada hamba-hamba Nya. Begitu juga dengan arah kiblat. Ini kerana bagi seorang Muslim yang tidak mempunyai aqidah yang kukuh ataupun orang kafir, mereka berpendapat bahawa Kaabah itu untuk disembah oleh orang Islam. Sedangkan pada hakikatnya Kaabah itu bukan sebuah binaan yang kita sembah tetapi yang disembah adalah Allah SWT. Allah SWT telah menentukannya sebagai arah kiblat. Rahsia dan hikmahnya kiblat ialah ia merupakan salah satu faktor penyatu seluruh umat Muslimin.
Satu Ummah Satu Kiblat

Kaabah merupakan satu kiblat yang tunggal yang menyatukan seluruh umat Muslimin dari berbagai-bagai negara dan dari berbagai-bagai bangsa, bahasa dan warna kulit. Ia merupakan satu kiblat yang sama, di mana seluruh umat Muslimin menghala kepadanya di merata pelosok Timur dan Barat di bumi ini. Dan di sana mereka merasa diri mereka selaku satu jisim dan satu diri yang menghadap satu matlamat dan berjuang untuk menegakkan sistem hidup yang sama, iaitu sistem hidup yang lahir dari hakikat diri mereka menyembah Tuhan yang sama dan beriman kepada rasul yang sama menghadap kiblat yang sama.
Demikianlah Allah menyatukan umat Muslimin. Dia menyatukan mereka dari segi Tuhan mereka, rasul mereka, agama mereka dan kiblat mereka. Dia menyatukan mereka dari berbagai-bagai negara, bangsa, warna dan bahasa. Allah tidak menyatukan mereka di atas landasan negara, bangsa, warna dan bahasa malah Dia menyatukan mereka di atas landasan aqidah dan kiblat walaupun mereka berbeza dari segi negara, bangsa, warna dan bahasa. Itulah kesatuan dan perpaduan yang layak untuk makhluk insan, kerana insan seharusnya bersatu dan berpadu di atas landasan aqidah hati nurani dan kiblat ibadat, sebagaimana haiwan bersatu dan berpadu di padang ragut dan dalam lingkungan pagar dan kandang. (Tafsir Fi Zilalil Quran Jilid 1 – Asy-Syahid Sayyid Qubt Rahimahullah)
وَمِنۡ حَيۡثُ خَرَجۡتَ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ‌ۖ وَإِنَّهُ ۥ لَلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ‌ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (Kaabah) dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan."
 (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 149)

 

Sabtu, 9 April 2011

Gambaran Hari Kiamat

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.sumber: Amar Sufi

Rabu, 6 April 2011

-BeRdOaLaH sEnTiAsA & dImAnA-mAnA sAhAjA-

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 186)
Allah Sentiasa Ada dan Sentiasa Maha Mendengar
Mintalah, tidak semestinya dengan berbahasa arab. Mintalah dengan doa yang kita fahami maksudnya agar ia lebih datang dari hati sendiri. Gunakanlah doa-doa dari Al-Quran, doa-doa yang digunakan oleh Para Nabi Allah Swt. Mintalah apa sahaja dengan hati yang ikhlas, tenang, rendah diri, dan berbaik sangka kepada Allah Swt. Sentiasalah berdoa kepada Allah Swt dalam seharian, tidak kira untuk apa dan di mana. Hati itu hidup seandainya ada ikatan akidah yang kuat kepada Allah Swt. Itulah seteguh-teguh ikatan dan komunikasi.

Berdoa merupakan suatu ibadah, kerana dengan berdoa jelas sekali memperlihatkan penghambaan manusia kepada Allah. Dengan berdoa kepada Allah, maka terwujudlah: Allah, tempat meminta, tempat memohon, sedang si hamba adalah makhluk yang hina dan selalu dalam kekurangan. Berdoa sangatlah dianjurkan (diperintahkan) oleh agama, walaupun doa tidak memerlukan suatu syarat dan rukun yang ketat, seperti halnya ibadah solat, zakat, dan puasa.
Photo by:Akmal Ghani
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 186)
وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِى سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina"
(Surah Al-Mukmin/Ghafir 40: Ayat ke 60)
Mengapa kita perlu berdoa? Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita?
Suatu ketika dahulu saya sering putus asa di dalam berdoa. Kekadang terasa sangat penat dan bosan berdoa kerana sangat penat menunggu apa yang diinginkan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sejak mengenal Allah SWT sehinggalah beberapa tahun yang lepas, saya sering memikirkan mengapa perlunya saya berdoa sedangkan Allah SWT mengetahui segala apa yang saya inginkan.
Mengapa Perlu Berdoa?
Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT.
Berdoa itu merendahkan darjat kita sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung. Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar. Namun persoalan besar di sini adalah adakah kita benar-benar SEDAR dan merasakan sebenarnya kita ini hamba yang lemah? atau sekadar tahu?
Doa memerlukan KESEDARAN.
Apabila kita berdoa tanpa memiliki KESEDARAN yang kita ini lemah di sisi Allah SWT, kita tetap ego dan berasa hebat di sisi Allah SWT. Kita memohon tetapi permohonan kita tidak diserahkan kepada Allah SWT. Segala keinginan yang kita inginkan adalah sepenuhnya mengikut kehendak kita seluruhnya dan kita tidak dapat menerima kehendak Allah SWT. Lalu di dalam tidak sedar kita menganggap Allah SWT hanyalah sebagai Tuhan melakukan kerja untuk menunaikan segala kehendak kita.
Saudara, Apabila kita berdoa, kita menyatakan keinginan kita kepada Allah SWT dengan penuh KESEDARAN yang kita ini lemah, bodoh, tidak berdaya dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama kita sedia menerima segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Kita juga akan terus mengikut segala ketetapan yang Allah SWT perintahkan kepada kita. Maka kita benar-benar akan berserah secara total kepada Allah SWT. Orang yang beriman itu tidak pernah kecewa kerana sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan tidak pernah putus asa di dalam mengikut ketetapan yang Allah SWT tetapkan.
Orang yang beriman sentiasa aktif. Melakukan segala kerja dan berusaha melakukannya sebaik mungkin di atas nama Allah SWT. Urusan rezeki dan segala penyelesaian hidup adalah hak Allah SWT yang kita tidak boleh pertikaikan kerana ia bukan hak kita. Di dalam masa yang sama juga, kita yakin dan prasangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala permintaan kita.
Kita sangat yakin dengan kehendak Allah SWT di mana kehendak Allah SWT merupakan ketentuan yang terbaik di sisiNya untuk diri kita. Bagaimana untuk yakin? Kita perlu mencapai kesedaran. Apabila kita berada di dalam KESEDARAN, pasti kita sangat yakin, Saudara, Memiliki kesedaran ini perlu dilatih. Ia tidak mampu dimiliki secara terus tetapi mampu dimiliki seawal latihan. Ia akan terus meningkat tanpa henti dan penghujung. Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun.
Latihan-latihan kesedaran:
1. Berlatih Berada Dalam Keadaan ‘Living at the present’
2. Menatap Wajah Kejujuran
3. Pulang Dengan Kejiwaan
4. Sentiasa Sedar Di dalam Membuat Pilihan
5. Sentiasa Berterima Kasih Pada Allah
6. Menundukkan Ego
7. Kembali Kepada Allah SWT
8. Berserah Kepada Allah SWT 100% dan banyak lagi.

Selasa, 5 April 2011

-JaGaLaH hAtI-

"(Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)"...(ali imran:8)
Hati Perlu Dijaga lebih Daripada Penjagaan Fizikal

Hati manusia terbahagi kepada empat jenis :-
1. Hati yang bersih/hidup
Hati orang yang beriman dimana terdapat cahaya Ilahi yang memancar
2. Hati yang tertutup/mati
Hati orang yang engkar terhadap keesaan Allah SWT, iaitu hati orang kafir
3. Hati yang terbalik
Hati orang yang tahu tetapi engkar,melihat tetapi sengaja buta,yakni hati orang munafik
4. Hati yang terdedah pada dua keadaan
Hati orang yang ada iman dan juga nifak, tetapi orang itu akan sepertimana antara dua ini yang lebih kuat
* Hadis Rasulllah SAW ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
" Ketahuilah, bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ianya baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekelian. Ketahuilah, Itulah yang dikatakan hati ".
Dan tidak ada sesiapa pun yang boleh terjamin bebas dari memiliki penyakit hati atau terkena kesan penyakit hati orang lain, kerana seperti sabda Rasullulah SAW.
" Sesungguhnya syaitan itu berjalan menelusuri tubuh anak Adam, sebagaimana berjalannya darah dalam tubuh manusia. Aku amat bimbang kalau syaitan akan mengelirukan kamu, lalu kamu menyangkakan kepadaku yang tidak baik ".
لِّلَّهِ ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
(Al-Baqarah 2:  Ayat ke 284)  
 

-Rasulullah Teladan Terbaik-

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya."
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW. mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun, Rasulullah SAW. menyuapkan makanan kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.. Rasulullah SAW. melakukan hal ini setiap hari sampai baginda wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW., tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW. yakni Abu Bakar RA. berkunjung ke rumah anaknya, Aisyah RA. yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW. dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"
Aisyah RA. menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."
"Apakah Itu?" tanya Abu Bakar RA..
"Setiap pagi Rasulullah SAW. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana," kata Aisyah RA..
Keesokan harinya Abu Bakar RA. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA. mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu?"
Abu Bakar RA. menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku," pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA. tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.."
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA., dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia...."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA. saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi Muslim.

Siapakah Suri Teladan Terbaik Selain Rasulullah?

Rasulullah merupakan ciptaan terbaik ALLAH yang dikurniakan kepada umat manusia untuk mendidik mereka tentang erti dan cara kehidupan yang berpaksikan keredhaan ALLAH.
Setiap perintah dan larangan ALLAH disampaikan kepada umat manusia dengan asbab Baginda Rasulullah. Setiap perintah  yang memerlukan praktikalnya (ibadah), diajarkan ALLAH kepada umat manusia melalui asbab baginda Rasulullah. Setiap peraturan dan syari'at yang ditetapkan ALLAH disampaikan oleh baginda Rasulullah.
Akhlak bagi menjalani kehidupan dengan sisipan redha ALLAH, diteladani oleh baginda Rasulullah dalam kehidupan seharian baginda. Jika begitulah kesempurnaan yang ALLAH kurniakan kepada baginda Rasulullah sebagai seorang guru dan suri tauladan, patutkah kita sebagai umat baginda mencari selain baginda sebagai ikutan?

Wajibkah Menuruti Sunnah?

"Katakanlah (Muhammad); Jika benar engkau cintakan ALLAH, ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mengasihimu dan mengampuni dosa-dosamu. Sungguh, ALLAH maha pengampun lagi maha pengasih."
Bukti kecintaan kita kepada ALLAH, tujuan kita diadili oleh al-Quran melalui keta'atan kita dalam menuruti sunnah baginda Rasulullah.
Jadi, masih perlukah kita bertanya tentang keperluan menuruti sunnah baginda?  Bahawasanya, hanya sunnah baginda Rasulullah yang dapat menjamin kebahagian dan kejayaan umat manusia dalam kehidupan dunia mahupun akhirat.

-BaHaGiA ItU aPaBiLa MeMbAhAgIaKaN-

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.
Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.
Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.
Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah" modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?
Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. "Batuk" kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke "workshop" untuk diselenggarakan.
Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.
Bila kereta 'aneh' sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan... alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang 'workoholic' – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.
Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.
Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!
Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya... Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.
Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang "permaisuri". Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang "orang gaji". Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!
Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.
Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...
Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

-FIKRAH ISLAM-

Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah,yang lengkap yang sempurna, syumul dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin.
Inilah Islam, Addeen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal. Allah Taa'la telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam FirmanNya :
Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah, dan kita bukannya pencipta Deen . Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah:
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah." (Al-an'am-116)
Nilai kita ialah nilai Islam, iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W oleh yang demikian kita sedikitpun tidak boleh tidak redha pada syariat Islam.
Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul. Kita hendaklah bersifat jiddiah (serius) di dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan dengan isme-isme lain. Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah, mengenal Islam untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa, bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi. Dengan itu barulah kita dapat membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa mengenal / mempelajari bahasa sesebuah kaum maka mereka terselamat dari tipu daya mereka". 
Kita juga mesti mengenal realiti agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal. Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya kurang ilmu, oleh itu kita perlu berjama'ah. Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang serupa. Tetapi dengan harakah kita mampu mengatasinya.
Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti. Demi pembangunan, demi kemajuan dan Malam 'Amal. Dalam hal ini kita hendaklah mengenengahkan fikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang tegas kepada masyarakat.
Kita juga mesti mempunyai al-wa yu al-Islamiyy (kesedaran Islam). Ianya bukan sama dengan ilmu Islam. Dalam usaha memperolehi 'kesedaran Islam' perlu kepada kesabaran, tekun dan gigih dalam usaha. Seorang yang mempunyai 'kesedaran Islam' akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam.
Untuk itu kita perlu kepada didikan atau 'tarbiyyah'. 'Tarbiyyah' yang boleh melahirkan syakhsiyyah atau keperibadian muslim sejati.
Seorang mujahid Islam, Al-Ustaz Fathi Yakan menyatakan p embentukan sahsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Umpamanya dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima' dan sebagainya.
Seorang muslim hendaklah tidak menghilangkan satu fikrah Islam pun dari pemikirannya. Siapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng. Ingatlah bahawa fikrah yang kita bawa adalah deen ditanzilkan oleh Allah S.W.T. Addeen yang dimaksudkan di sini bukanlah Addeen yang diterjemahkan kepada agama, sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang.
Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith dan juga dari ulama' dan mujahid Islam yang mu'tabar. Seterusnya Allah berfirman :
Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada beriman atau tidak, sebagaimana firmannya : 
Ertinya : "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; (Al-Kahfi : 29)
Kita hendaklah memikir terus dan jauh sehingga hari qiamat. Oleh kerana kita tidak tahu di manakah tempat kita samada syurga atau neraka. Ketidaktahuan ini jua hendaklah kita punya sifat takut dan harap.Takut ialah bagi yang mengenalinya dan harap bagi yang melaksanakannya.
Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga kita perlu 'kesedaran Islam yang jelas' dan bukannya ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam ... individu.Dalam konteks masyarakat ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.
Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman/tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam, dengan patuh. Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam. Ertinya di mana sahaja kita berada, kita membawa Islam. Ini juga bererti peribadi kita menterjemahkan Islam .... Islam menjadi darah daging.
Namun begitu kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki baki jahiliyyah. Pernah Abu Zar memanggil Bilal dengan panggilan 'Ibnu Assauda'. Bilal memberitahu Rasulullah S.A.W dan Nabi kemudiannya berkata kepada Abu Dzar bahawa ia masih ada saki baki jahiliyyah. Disuruh balas dengan memijak pipinya.
Hendaklah Islam itu menjadi pendorong kita dalam melakukan gerak kerja samada membuat yang baik dan meninggalkan yang dilarang, jangan sekali didorong oleh kepentingan politik, kumpulan, parti, pangkat, bintang dan sebagainya.
"Proses tarbiyyah imaniyyah adalah begitu dan amat penting bagi membentuk insan mu'min"


-DaKwAh IsLaMiAh-

DA'WAH KITA


Terusterang
 Kita ingin menerangkan kepada manusia tentang matlamat kita, kita ingin mendedahkan manhaj (method) kita di hadapan mereka, kita ingin mengemukakan da'wah kita kepada mereka dalam suatu bentuk yang tidak menimbulkan keraguan dan kesamaran, lebih cerah dari pancaran matahari, lebih bercahaya dari sinar pagi, malah lebih cerah dari siang yang terang benderang.

Suci
Di samping itu kita ingin supaya kaum kita dan ummat muslimin seluruhnya mengetahui bahawa da'wah Ikhwan Muslimin adalah da'wah yang suci dan bersih, dengan kesuciannya da'wah ini telah meningkat tinggi melewati batas kepentingan diri sendiri, memandangkan hina manfaat kebendaan,
meninggalkan jauh di belakangnya segala bentuk hawa-nafsu dan tujuan-tujuan kepentingan, mara ke hadapan menuruti jalan yang telah digariskan Allah kepada penda'wah-penda'wah. Firman Allah:


"Katakanlah; inilah jalanku, aku menyeru kepada Allah dengan penuh kesedaran aku dan pengikutku. Maha suci Allah dan bukanlah aku dari golongan mereka yang musyrik':

Kita tidak meminta sesuatu dari manusia, Kita tidak meminta harta dari mereka, kita tidak meminta  upah dari mereka, kita tidak mengharapkan sanjungan mereka, kita tidak mengharapkan balasan dan terima kasih mereka, balasan kita dalam berda'wah ini hanyalah pada Allah yang menjadikan kita.

Kasih-sayang:
Demikian juga Kita mengharapkan agar bangsa kita mengetahui bahawa kita mengasihi mereka lebih dari diri kita sendiri, Kita mengharapkan mereka mengetahui bahawa jiwa-jiwa ini sanggup menjadi tebusan demi kepentingan mereka andainya ketinggian itu meminta tebusan. Jiwa-jiwa ini sanggup
dicabut sebagai harga kepada keagungan mereka, kemuliaan mereka, agama dan cita-cita mereka andainya perkara-perkara ini memerlukan demikian. Kita mengambil sikap yang demikian terhadap mereka hanyalah kerana kasih sayang telah membelenggu hati dan merajai perasaan kita, membuatkan kita tidak nyenyak tidur dan mengalirkan air mata. Amat sukar dan luar dari kesanggupan kita melihat sesuatu menimpa bangsa kita dan kita terus menyerah diri kepada kehinaan atau merelainya, atau kita terus berputus asa. Kami (Ikhwan) bekerja untuk manusia kerana Allah lebih dari kami bekerja untuk diri kami, kami untuk kamu, bukan untuk orang lain dan kami tidak akan menjadi beban kepada kamu. Keistimewaan dan nikmat hanya dari Allah:

 Kita tidak mendakwa memberi suatu nikmat, dan kita tidak menganggap bahawa kita mempunyai keistimewaan dalam hal ini, tetapi Kita percaya kepada firman Allah:
"Maka Allah lah yang mengurniakan nikmat kepadamu dengan memimpin kamu kepada keimanan seandainya kemu orang yang benar':

Kita berharap, sekiranya harapan itu memberi manfaat, agar hati-hati ini dapat diterima oleh pandangan dan pendengaran ummat kita, dengan itu mereka akan melihat; adakah pada hati- hati ini selain dari inginkan kebaikan dan rasa kasih terhadap mereka, juga pengorbanan demi mereka.
Adakah mereka dapati pada hati-hati ini selain dari rasa derita yang melarat akibat dari keadaan yang kita alami sekarang.
Pun demikian cukuplah bagi kita bahawa Allah mengetahui segala apa yang di dalam hati Kita. Hanya Allah tempat perlindungan yang tunggal, tempat minta pertolongan, Allah yang memberi taufik kepada jalan yang tepat, di tanganNya teraju dan kunci yang dapat membuka pintu hati. Siapa yang diberi pertunjuk oleh Allah maka tidak ada yang akan menyesatkannya dan siapa yang sesatkan Allah maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi pertunjuk kepadanya dan Allah tempat tumpuan harapan kita, paling nikmat tempat kita berserah. Tidakkah Allah melindungi hambanya.


Empat jenis:
Kita mengharapkan manusia menjadi salah satu dari empat golongan ini:--

Mu'min:
Sama ada beliau menjadi seorang yang beriman dengan da'wah kita, membenarkan perkataan kita, kagum dengan prinsip-prinsip kita, beliau melihat dalam da'wah ini sesuatu yang dapat memuaskan hati dan diterima oleh nuraninya. Kepada beliau Kita menyeru supaya mengambil inisiatif untuk
menggabungkan diri dan bekerja bersama-sama kita, supaya dengan penggabungannya itu bilangan mujahid akan bertambah, semoga dengan suaranya itu seruan da'wah akan bertambah kuat. Tidak ada erti bagi keimanan yang tidak diikuti dengan amal, tidak ada faedah bagi 'aqidah yang tidak rnendorong tuannya untuk melaksanakan aqidah itu dan berkorban untuknya.

Demikianlah keadaannya orang-orang yang terdahulu, orang-orang yang dibukakan Allah dadanya untuk menerima hidayah Allah, lantas mereka mengikut jejak para Anbia', mereka beriman dengan risalahNya, berjihad demi risalah itu dengan jihad yang sungguh-sungguh. Mereka inilah yang dianugerahkan Allah dengan ganjaran nikmat yang maha besar, mereka akan menerima ganjaran pahala yang sama dengan pengikut-pengikut mereka dengan sedikitpun tidak mengurangkan pahala pengikut mereka.

Ragu-ragu:
Sama ada beliau menjadi seorang yang belum melihat kebenaran dalam da'wah kita, belum mengenali keikhlasan dan faedah pada apa yang kita katakan, lantas beliau terhenti dan ragu-ragu. Beliau kita tinggalkan kerana keraguannya dan kita mewasiatkan beliau agar berhubung dengan kita lebih rapat,
membaca tentang kita dari jauh atau dekat, mengkaji tulisan-tulisan kita, menziarahi kelab-kelab kita dan berkenalan dengan saudara-saudara kita. Dengan itu insya Allah beliau akan puas hati terhadap kita. Demikianlah keadaannya pengikut-pengikut Rasul yang masih ragu-ragu.

Mengejar manfaat:
Sama ada beliau menjadi seorang yang tidak akan memberikan bantuannya kecuali setelah beliau mengetahui faedah yang akan diterimanya, keuntungan-keuntungan yang akan diperolehinya hasil dari pengorbanannya itu. Kepada beliau kita katakan: "Kasihan...... tidak ada pada kami ganjaran selain pahala dari Allah sekiranya engkau ikhlas dan balasan syurga sekiranya Allah melihat kebaikan padamu. Adapun kami....., kami miskin dari kemegahan, miskin harta benda, keadaan kami
sentiasa berkorban dengan apa yang ada pada kami berkorban dengan sesuatu yang kami miliki, harapan kami hanyalah keredhaan Allah, Dialah paling nikmat tempat berserah dan paling
nikmat Penolong. Seandainya Allah membukakan tutupan dari hati beliau, menghilangkan kabus tamak dari nuraninya, kelak beliau akan rnengetahui bahawa sesuatu yang di sisi Allah itu
lebih baik dan lebih kekal, dan beliau akan menggabungkan diri ke dalam ketumbukan Allah, murah hati dengan kemewahan  dunia yang ada padanya, semoga beliau mendapat pahala di hari akhirat.

"Apa yang ada pada kamu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal'.

Tetapi jika berlaku sebaliknya; maka Allah Maha Kaya (tidak berhajat) dari orang yang tidak melihat keutamaan Allah pada dirinya, hartanya, dunianya, akhiratnya, mati dan hidupnya. Demikianlah keadaannya golongan yang seperti ini sewaktu mereka enggan melakukan taat setia terhadap RasuluLlah Sallallahu 'alaihi Wasallam kecuali RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam menyerahkan segala urusan kepada mereka setelah beliau wafat. Tiada jawapan yang diberikan oleh RasuluLlah SaliaLlahu'alaihi Wasallam selain dari memberitahu mereka bahawa:

"Bumi ini adalah milik bagi Allah, akan diserahkanNya kepada hambanrya yang dikehendakinya, dan kesudahan yang baik adalah un tuk orang yang bertaqwa ':

Jahat sangka:
Sama ada beliau menjadi orang yang jahat sangka terhadap kita, syak dan ragu-ragunya bulat kepada kita, beliau tidak melihat kita kecuali dengan kacamata yang hitam pekat, beliau tidak berbicara tentang kita kecuali dengan lidah yang bimbang dan ragu, beliau terus dalam keadaan terpedaya, berlarutan dalam keraguan, kekal dalam kewahamannya. Kita berdo'a untuk beliau dan untuk kita sendiri supaya Allah menunjukkan kebenaran itu sebagai suatu kebenaran dan memberi hidayat
supaya kita mengikutinya, menunjukkan kebatilan itu sebagai suatu kebatilan dan memberi hidayat supaya kita menjauhinya.
Kita berdo'a kepada Allah supaya mengilhamkan kebijaksanaan kepada kita dan beliau. Bahkan kita seru, andainya beliau menerima seruan, beliau kita jemput andainya beliau menerima jemputan. Kita  berdo'a kepada Allah untuk beliau, kerana hanya Allah tempat gantungan harapan. Allah telah  menurunkan kepada RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam sepotong ayat mengenai segolongan manusia, firman Allah:

“Engkau tidak akan dapat memberi hidayat kepada mereka yang engkau kasihi, tetapi hanya Allah yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakiNya ':

Dan kita sentiasa mengasihi beliau, kita mengharapkan agar beliau kembali kepada kita, puas hati dengan da'wah Kita. Lambang yang menjadi pegangan kita berhadapan dengan beliau ialah apa
yang telah diajarkan oleh RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dalam sabdanya:
 "Tuhanku, ampunkanlah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui ".
Kita mengharapkan agar manusia tergolong dalam salah satu dari golongan-golongan ini. Telah sampai masanya seorang muslim mengetahui matlamatnya, menentukan haluannya dan bekerja sejajar dengan haluan tersebut hingga beliau mencapai matlamatnya. Namun untuk kekal dalam keadaan yang berlarutan, kekal dalam khayalan-khayalan yang indah-indah, kekal dalam nafsu yang lupa daratan, tunduk patuh dengan membabi buta, mengikut sebarang seruan yang bergema dialunkan, kesemua ini bukanlah langkah seorang muslim.

Fana
Di samping itu kita ingin supaya ummat kita mengetahui bahawa da'wah ini tidak akan sesuai kecuali bagi mereka yang memahami segala sudutnya, menyerahkan sesuatu yang dituntut oleh da'wah ini darinya; jiwanya, hartanya, waktunya dan kesihatannya. Firman Allah:

"Katakanlah, (hai Muhammad) seandainya ibu bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, handai taulan kamu, harta yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai lebih kamu kasihi dari Allah dan RasulNya juga jihad pada jalan Allah, maka tunggulah hingga Allah mendatangkan perintah-Nya dan Allah tidak akan memberi hidayat kepada orang yang fasiq ':

Da'wah ini da'wah yang tidak sanggup diperkongsikan, kerana ketunggalan adalah sifat semulajadinya. Oleh itu sesiapa yang bersedia untuk da'wah ini beliau akan hidup dengannya
dan da'wah ini juga akan hidup dengannya. Sesiapa yang lemah dari menunaikan tanggungjawab ini beliau akan kerugian pahala jihad dan beliau akan bersama dengan mereka yang ketinggalan, tinggal bersama mereka yang berdiam diri dan Allah akan menggantikan golongan yang lain dari mereka untuk da'wah ini. Firman Allah:

':....yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mu'min, bersikap keras terhadap orang kafir, mereka berjihad pada jalan Allah, itulah kurniaan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ':

Jelas
Kita menyeru manusia kepada prinsip yang jelas, terperinci, dapat diterima oleh semua golongan. Semua golongan mengetahui dan memahaminya mengakui kebenarannya dan mereka mengetahui bahwa penyelesaian masalah mereka, kebahagiaan mereka juga kerehatan mereka terletak pada prinsip-prinsip ini, prinsip yang telah dibuktikan oleh percubaan dan sejarah telah menghukumkan ke******************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************** dan orang lain rasakan di dalam jiwa kita orang-orang timur, iaitu bila kita mengimani fikrah ini dan sewaktu kita membicarakannya; manusia akan mengkhayalkan bahwa fikrah tersebut telah dapat memberikan suatu tenaga yang kuat kepada kita sehingga kita dapat menghancurkan bukit bukau, kekuatan yang dapat mendorong kita berkorban jiwa, harta, menanggung penderitaan dan mengharung arus sehingga.kita memenangi fikrah ini atau fikrah ini akan menang kerana kita. Tetapi setelah perang bicara ini  reda, perhimpunan-perhimpunan bersurai kita terus melupakan seluruh keimanan kita, lalai terhadap fikrah yang kita dokong dan kita tidak berfikir untuk bekerja demi fikrah ini, kita tidak berbicara dengan diri kita bahawa kita akan terus menggandakan jihad demi fikrah ini, malah boleh jadi kita berlarutan dalam
kelalaian dan kealpaan sehingga kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fikrah ini secara sedar atau tidak. Tidakkah anda ketawa pelik bila anda lihat seorang ahli fikir, pejuang dan
berpengetahuan tinggi dalam tempoh masa 24 jam menjadi mulhid bersama dengan orang-orang yang mulhid, menjadi ahli ibadat bersama-sama ahli ibadat.
Kecuaian, kelupaan, kelalaian, ketiduran atau katakan apa saja yang ingin anda katakan inilah yang membuatkan kita berusaha untuk menggerakkan prinsip kita ini, sedang prinsip inilah juga yang telah diterima oleh ummat kita dalam jiwa mereka, mereka yang kita kasihi.


SERUAN-SERUAN

Oleh itu saya akan kembali kepada perbicaraan saya yang pertama tadi dan saya akan katakan bahawa da'wah Ikhwan Muslimin adalah da'wah perinsip: Di timur dan di barat hari ini banyak muncul da'wah-da'wah, prinsip-prinsip:, fikrah-fikrah, mazhab-mazhab, pendapat-pendapat dan pertentangan-pertentangan yang kesemuanya memecah-belahkan akal fikiran manusia, kesemuanya dipertahankan oleh pendokong-pendokongnya, anak buahnya, pengikutnya, peminatnya, pemimpin-pemimpin dan muridnya. Mereka akan terus melakukan propaganda, mendakwa keistimewaan, kebaikan da'wah mereka, mereka melipatgandakan dakwaan mereka sehingga da'wah mereka muncul sebagai suatu da'wah yang menarik, mempesona dan indah.

PENYERU-PENYERU

Penda'wah-penda'wah hari ini bukan penda'wah-penda'wah masa silam, mereka berpengetahuan tinggi, cukup peralatan, terlatih dan professional, terutama di negara-negara barat, sehingga
tiap-tiap fikrah itu mempunyai ketumbukan khusus yang bertugas untuk melatih kader, menerangkan perkara-perkara sulit, mendedahkan keindahan-keindahan fikrah itu, mencipta cara-cara penyibaran dan jalan-jalan diayah, mencari jalan yang paling mudah, senang dan paling dekat untuk memasuki jiwa manusia supaya mereka puashati dan terus menganuti fikrah itu.

WASILAH

Demikian juga wasilah diayah hari ini bukan lagi wasilah zaman silam. Diayah silam hanyalah merupakan kalimah-kalimah yang disampaikan dalam khutbah-khutbah atau rapat-rapat atau ditulis dalam risalah-risalah dan surat-surat. Tetapi wasilah hari ini adalah melalui maialah-maialah, surat-surat kabar, risalah-risalah, pementasan, cerita-cerita khayal dan radio. Kesemua wasilah ini mudah untuk sampai ke dalam hati semua manusia, lelaki dan perempuan, di rumah, di gudang-gudang perniagaan,industri dan sawah mereka.

Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada penda'wah-penda'wah agar pcndai dan bijak menggunakan wasilah-wasilah ini supaya kerja-kerja mereka membuahkan hasil yang dikehendaki.
Tidak ada gunanya saya berpanjang lebar dalam masalah ini. Sekali lagi saya kembali dan berkata bahwa dunia hari ini penuh dengan da'wah-da'wah, sama ada da'wah politik, kaumiah, wataniah, ekonomi, ketenteraan dan seruan-seruan damai. Oleh itu di manakah letaknya da'wah Ikhwan Muslimin dalam adunan da'wah-da'wah ini?

Soalan ini mendorong saya berbicara dalam dua perkara:
Pertamanya tentang bentuk da'wah kita yang positif secara tulin.
Keduanya tentang sikap da'wah ini terhadap da'wah-da'wah tadi.
Saya harap saudara tidak akan menyalahkan saya kerana perbicaraan yang panjang ini, kerana saya telah mewajibkan kepada diri saya untuk menulis sebagaimana saya bercakap dan mengupas tajuk ini dengan tidak memberat-beratkan. Cuma saya harapkan supaya pembaca dapat memahami saya sebagaimana saya memahami diri saya dan perbicaraan saya sampai ke dalam hati mereka tanpa diperindah dengan gaya bahasa.

ISLAM KITA

Dengarlah saudaraku, satu sifat yang memberi pengertian yang menyeluruh yang dapat kita sifatkan kepada da'wah kita ini ialah: "Islamiyyah". Kalimah ini mempunyai pengertian yang luas, bukan pengertian yang sempit seperti mana yang difahami oleh kebanyakan orang. Kita berkeyakinan bahawa Islam adalah suatu pengertian yang menyeluruh, menyusun seluruh aspek, memberi fatwa dalam semua permasalahan, menentukan kepada permasalahan itu suatu sistem yang konkrit dan ter-
perinci. Islam tidak berlepas tangan berdepan dengan permasalahan hidup dan sistem-sistem yang diperlukan untuk membawa Islam kepada manusia. Setengah orang tersalah, memahami bahawa Islam itu hanya terbatas dalam soal-soal ibadat dan bentuk-bentuk ruhaniah sahaja. Mereka membataskan diri dan fahaman mereka di sekitar yang sempit ini sejajar dengan fahaman yang sempit terhadap Islam.

Tetapi kita tidak memahami Islam seperti fahaman itu, malah kita memahami Islam dengan fahaman yang luas, ruang lingkupnya merangkumi seluruh urusan dunia dan akhirat. Dakwaan ini bukanlah semata-mata dakwaan kosong atau sengaja kita meluaskannya supaya sesuai dengan pendapat kita, tetapi inilah yang kita fahami dari kitab Allah dan seiarah orang-orang Islam yang terdahulu. Andainya pembaca ingin memahami da'wah Ikhwan Muslimin dengan lebih luas tentang kalimah "Islamiyyah" beliau hendaklah memegang Al Qur'an, di samping itu beliau hendaklah membebaskan dirinya dari hawa nafsu dan kepentingan, setelah itu beliau memahami apa yang ada dalam
Al Qur'an, di sana beliau akan melihat da'wah Ikhwan Muslimin.

Benar, da'wah kita adalah bersifat Islamiyyah dengan seluruh pengertian yang terkandung daiam kalimah 'Islamiyyah' itu, setelah itu saudara fahamilah apa yang saudara mahu fahami dan dalam saudara memahami itu saudara terikat dengan kitab Allah dan sunnah RasulNya juga sejarah jejak langkah para Salihin muslimin yang terdahulu. Kitab Allah asas dan sumber Islam, manakala sunnah RasulNya berperanan sebagai  menerang dan mentafsirkan Al Qur'an, manakala sejarah dan jejak langkah para salihin pula; mereka adalah gulungan yang telah diredhai Allah, telah melaksanakan perintah Allah dan menerima ajarannya dan mereka adalah merupakan contoh yang praktik dan gambaran yang menjelmakan perintah dan ajaran itu.


SIKAP KITA TERHADAP DA'WAH-DA'WAH LAIN

Sikap kita terhadap berbagai bentuk da'wah yang telah melakukan kezaliman pada hari ini hingga memecahbelahkan perpaduan dan mengusutkan fikitan ialah dengan membandingkannya dengan da'wah kita. Sesuatu yang cocok dengan da'wah kita, kita alu-alukan dan sesuatu yang bercanggah dengannya kita adalah bebas dan tidak terikat dengannya. Kita meyakini bahwa da'wah kita adalah umum, da'wah yang tidak meninggalkan sudut-sudut yang baik pada mana-mana da'wah,
malah da'wah ini telah merangkumi dan menunjukkannya.


WATANIAH

Kadangkala manusia terpesona dengan seruan wataniah, kadangkala terpesona pula dengan seruan kaumiah, lebih-lebih lagi di timur ini, di mana timur merasa kejerihan paksaan dan tekanan barat terhadapnya, sehingga barat dapat merampas keagungannya, kehormatannya dan kebebasannya, merompak harta dan'menghisap darahnya, di mana bangsa-bangsa timur merasa kejerihan memikul tanggungiawab yang dipikulkan ke atas pundaknya. Bangsa-bangsa timur cuba melepaskan diri dari
cengkaman barat dengan segenap daya usaha dan kekuatannya, dengan perasaan cekal dan jihad, lantaran itu lantanglah lidah-lidah para pemimpin, surat-surat khabar mengambil peranan
mengikut arus, para penulis pun menulis, ahli-ahli pidato terus berpidato, melaunglah mereka yang melaung atas nama wataniah dan keagungan kaumiah.

Keadaan ini ada baiknya, tetapi yang menjadi cacat dan tidak baik ialah; sewaktu anda menyuarakan kepada bangsa timur yang berugama Islam bahwa wataniah dan kaumiah dalam Islam lebih sempurna, lebih bersih, lebih tinggi dan lebih bijaksana dari apa yang dilaungkan oleh barat dan penulis-penulisnya, bangsa timur yang Islam tadi enggan menerima pendapat saudara mereka terus larut dalam taklid mereka. Mereka akan mengemukakan pendapat mereka kepada saudara bahawa Islam tidak kena mengena dengan kaumiah dan wataniah, malah Islam berada di satu pihak, manakala kaumiah dan wataniah di satu pihak yang lain. Sebahagian mereka menyangka bahawa inilah yang memecah kesatuan ummat dan melemahkan ikatan angkatan mudanya.

Salah faham ini adalah merupakan satu bahaya terhadap bangsa-bangsa timur dilihat dari semua sudut. Bertolak dari salah faham ini, di sini saya ingin mengemukakan sikap Ikhwan Muslimin dan da'wah mereka terhadap fikrah wataniah dan kaumiah, satu sikap yang mereka redhai untuk diri mereka dan sikap yang mereka cuba agar orang lain meredhainya.

Wataniah kasihsayang:
Sekiranya wataniah yang dilaungkan oleh mereka yang melaungkan wataniah itu bermaksud rasa kasih sayang terhadap tanah air, merasa mesra dengannya, cinta dan merasa belas terhadapnya, maka ini adalah sesuatu yang telah tersedia dalam fitrah manusia dari satu sudut. Dari satu sudut yang lain pula ianya adalah merupakan suatu perintah dalam Islam. Bilal yang mengorbankan segenap apa yang ada pada dirinya demi akidah dan agamanya,adalah juga Bilal yang merakamkan rasa kerinduannya terhadap Makkah dalam serangkai sya'er yang meresapkan rasa kehalusan dan kemanisan:

Alangkah indahnya malam ini jika aku dapat bermalam
di pinggir anak sungai, di kelilingku Azakhir dan Jalil
dapatkah aku mengunjungi pesisiran Majnah
dapatkah aku melihat Sham dan Tufail.....

Dan RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam mendengar Usail menggambarkan keindahan Makkah lantas air matanya mengalir rindukan kota Makkah, beliau pun bersabda: "Wahai Usail, biarkanlah hati-hati ini tenteram. "

Wataniah keagungan dan kemerdekaan:
Sekiranya wataniah yang mereka maksudkan itu bererti kewajipan bekerja dengan seluruh tenaga dalam usaha memerdekakan negara dari tangan perampas-perampas, memenuhkan tuntutan kemerdekaan dan menanam perinsip keagungan dan kemerdekaan dalam jiwa anak-anak negara itu, maka dalam hal ini juga kita bersama-sama dengan mereka dan Islam telah mendesak perkara ini dengan desakan yang sungguh-sungguh. Allah berfirman:
"Keagungan itu bagi Allah, RasulNya dan bagi orang-orang mu'min, tetapi orang-orang munafiq tidak menge tahui': Firman Allah lagi:

“Allah tidak menjadikan (melapangkan) jalan bagi orang-orang kafir untuk mengatasi orang-orang
 mu'min ':

Wataniah kemasyarakatan:
Sekiranya mereka maksudkan dengan wataniah itu mengeratkan pertalian antara penduduk serantau dan membimbing mereka agar menggunakan kekuatan yang ada pada mereka untuk maslahat mereka, kita juga bersetuju dengan mereka dalam hal ini dan Islam memandangnya sebagai suatu kewajipan yang pasti. RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam teiah bersabda: "Jadilah kamu hamba-hamba Allah sedangkan kamu dalam keadaan bersaudara". Allah juga berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan teman kepercayaanmu orang-orang yang luar dari keluargamu, mereka tidak akan henti-hentinya melakukan kemudaratan terhadapmu. Mereka menyukai sesuatu yang menyusahkan kamu, telah ternyatalah kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (tanda) jika kamu memahaminya ".


Wataniah penaklukan:
Sekiranya wataniah yang mereka laungkan itu bermaksud pembukaan negara-negara dan menguasai bumi, maka Islam telah memfardhukannya dan mengarahkan penakluk-penakluk kepada penaklukan dan pembukaan yang lebih balk dan membawa manfaat kepada mereka yang ditakluk. Firman Allah:

"i3erangilah mereka sehingga fitnah tidak berlaku lagi uan sehingga agama itu hanya untuk Allah sematamata ".

Wataniah perkauman:
Sekiranya wataniah yang mereka laungkan itu bermaksud perpecahan ummat kepada puak-puak yang sentiasa bertarung, bercakaran, memaki hamun dan luntar meluntar tuduhan, mengkhianati antara satu sama lain, berpecah-belah kerana suatu manhaj yang tidak bernilai, manhai (method) yang direncanakan oleh hawanafsu, dibentuk oleh tujuan-tujuan dan kepentingan, ditafsirkan oleh faham-faham yang sesuai dengan maslahat perseorangan, sedangkan musuh mengambil kesempatan ini untuk maslahatnya di samping menambah-nyalakan api yang memecahbelahkan mereka dari kebenaran, malah menyatukan mereka pada kebatilan, menjauhkan mereka dari herhubung dan bekerjasama antara satu sama lain, sehingga pihak musuh dapat merongkaikan ikatan perhubungan mereka dan menempatkan dirinya di tempat perhubungan mereka dan menempatkan dirinya di tempat perhubungan itu, menarik mereka agar bergantung di keliling pinggangnya, lantas mereka tidak melakukan lawatan kecuali ke negara-negara musuh, tidak melakukan hubungan kecuali dengan pelawat-pelawat yang datang dari negara musuh. Wataniah yang seperti ini adalah wataniah
palsu, tidak mendatangkan kebaikan sama ada kepada penyeru-penyerunya atau untuk manusia keseluruhan.

Sekarang saudara telah dapat melihat bahawa kita adalah bersama-sama dengan penyeru-penyeru wataniah,.malah kita hersama dengan extremist wataniah dalam beberapa pengertian yang mendatangkan kebajikan kepada negara dan manusia. Di samping itu saudara juga telah melihat bahawa wataniah yang panjang lebar ini tidak keluar dari satu juzuk ajaran-ajaran Islam.

Batas wataniah kita:
Titik perselisihan antara kita dengan pendokong-pendokong wataniah ialah, kita menganggap bahawa batas wataniah kita ialah aqidah, sedang mereka menganggap bahawa batas wataniah
itu adalah berdasarkan bumi dan sempad********************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************yang bersangkut paut dengan suatu daerah yang terbatas sempadannya. Perbezaan ini akan lebih jelas dari sudut amali bila suatu ummat dari ummat-ummat ini cuba memperkuatkan dirinya dengan menekan ummat yang lain. Kita tidak merelai penekanan itu berlaku ke atas mana-mana daerah Islam, yang kita kehendaki ialah kekuatan ummat Islam seluruhnya. Tetapi pejuang-pejuang wataniah menganggap perkara ini tidak menjadi suatu kesalahan. Bertolak dari sini berlakulah perpecahan dan kelemahan, pihak musuh pula bertindak melaga-lagakan antara satu sama lain.

Matlamat wataniah kita:
Apa yang kita bicarakan tadi hanyalah dipandang dari satu sudut. Selain dari itu di sana masih terdapat sudut yang lain iaitu sudut matlamat. Matlamat pejuang-pejuang wataniah ialah
semata-mata untuk membebaskan negara mereka. Seandainya mereka bekerja untuk memperkuatkan negara itu setelah pembebasannya, kerja-kerja itu hanyalah akan berligar di sekitar pembinaan kebendaan seperti mana yang dibuat oleh negara-negara Eropah hari ini. Tetapi bagi kita, kita meyakini bahawa tiap-tiap seorang muslim adalah memikul tanggungiawab yang dipikulkan di atas pundaknya, beliau haruslah mengorbankan dirinya, darah dan hartanya demi menunaikan amanah ini, amanah untuk memberikan hidayat nur Islam kepada manusia, amanah untuk mengibarkan panji-panji Islam di seluruh pelusuk bumi ini dengan tidak mengharapkan ganjaran harta, kemegahan, kekuasaan dari seorang dan tidak juga mengabdikan sesuatu bangsa. Sesuatu yang beliau harapkan ialah keredhaan Allah dan kebahagiaan alam sejagat menerusi agamanya juga menegakkan
kalimah Allah. Inilah yang mendorong para salihin yang terdahulu untuk melakukan penaklukan mereka yang suci, penaklukan yang telah menakjubkan dunia dan mengatasi sesuatu yang pernah dikenal sejarah, baik dari sudut kepantasan, keadilan, kebijaksanaan dan keistimewaannya.

Perpaduan:
Saya ingin mengingatkan suadara kesilapan pemimpin yang mengatakan bahawa dengan mengikut prinsip ini akan memecahkan perpaduan ummat yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama, kerana Islam adalah agama perpaduan dan persamaan. Ikatan ini akan dapat menjamin perpaduan antara semua selama mereka bekerjasama untuk kebaikan. Firman Allah:

"AIIah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap mereka yang tidak memerangi kamu dalam agama dan tidak mengusir kamu keluar dari negara kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil'.

OIeh itu dari manakah datangnya perbezaan? Setelah ini tidaklah saudara dapat melihat betapa kita lebih tinggi dari extremist wataniah dalam menyintai kebaikan untuk negara, berjihad untuk kebebasan, kebaikan dan kemajuannya.Kita bekerja dan menyokong sesiapa yang berusaha dengan ikhlas ke arah ini, malah saya ingin supaya saudara mengetahui bahawa seandainya tanggungjawab mereka akan berakhir dengan kejayaan mereka memperjuangkan kemerdekaan negara dan
mengembalikan keagungannya, tetapi bagi Ikhwan Muslimin perkara itu baru hanya separuh jalan atau merupakan satu period, setelah itu mereka harus bekerja untuk mengibarkan panji-panji watan Islam di seluruh pelusuk alam dan mengibarkan panji-panji Al Qur'an di setiap inci bumi Allah ini.


KAUMIAH

Sekarang saya akan berbicara dengan saudara tentang sikap kita Ikhwan Muslimun terhadap prinsip kaumiah.

Kaumiah ketinggian:
Sekiranya kaumiah yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan prinsip ini ialah generasi mendatang harus mengikut generasi yang terdahulu di sudut kemuncak ketinggiannya, kebesarannya, pintar dan mempunyai himmah tinggi; orang yang terdahulu mestilah menjadi********************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************an, mereka yang terpilih dalam jahiliahnya, mereka itulah
 juga yang terpilih sesudah Islamnya sekiranya mereka faham".
 Sekarang saudara telah melihat bahwa Islam tidak menegah kaumiah dengan pengertian yang tinggi dan baik ini.

 Kaumiah ummat:
 Sekiranya yang dimaksudkan dengan kaumiat~ itu bahawa;
 keluarga seseorang itu juga ummatnya adalah manusia yang lebih utama untuk menerima kebaikannya, lebih berhak untuk menerima ihsan dan hasil jihadnya, ini juga adalah benar dan
 hak. Siapaliah yang tidak menganggap bahawa kaum tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan itulah manusia yang lebih berhak menerima hasil penat lelahnya. Penya'er berkata:

Demi umurku, sebaik peninggalan seorang ialatr kabilehnya
sekalipun mereka itu di puncak awan dan beliau di perut bumi.


Kaumiah penyusunan:
 Sekiranya yang dimaksudkan dengan kaumiah itu bahawa kita pada keseluruhannya adalah dituntut agar bekerja dan berjihad; tiap-tiap jamaah berkewajipan mencapai matlamat masing- masing hingga Insya Allah kita bertemu di satu kemuncak kemenangan, maka inilah pembahagian yang direstukan. Siapa lagi  yang kita harapkan selain dari mereka yang mendorong ummat- ummat timur dalam beberapa kumpulan, tiap-tiap kumpulan bekerja di medan masing-masing, hingga kita seluruhnya bertemu pada satu kemuncak kemerdekaan dan kebebasan yang gemilang.

Seluruh pengertian ini dan pengertian yang seumpamanya adalah satu pengertian kaumiah yang baik dan mengkagumkan. Islam tidak menolaknya "sedang Islam adalah neraca kita" malah kita membukakan dada kita menerima dan menggalakkannya.


Kaumiah jahiliah:
Tetapi sekiranya kaumiah yang dimaksudkan itu untuk menghidupkan semula adat-adat jahiliah yang telah pupus, menegakkan kembali kenang-kenangan lama yang telah luput, mengenepikan kemajuan yang mendatangkan manfaat yang telah stabil kedudukannya, lepas-bebas dari ikatan dan pertalian Islam dengan alasan kaumiah dan berbangga dengan keturunan dan jenis, sebagaimana yang dilakukan oleh setengah-setengah negara yang melampau dalam menghancurkan lahiriah Islam
dan kebangsaan Arab, dengan menghapuskan tulisan dan bahasa, menghidupkan adat-adat jahiliah yang rendah mutunya, ini adalah pengertian kaumiah yang terkutuk, mendatangkan akibat
yang merugikan dan buruk padahnya, membawakan kerugian kepada bangsa timur, melenyapkan perpaduannya, merendahkan statusnya, hilang keistimewaannya yang tersendiri, pupus lahiriahnya, kemuliaan dan kebiiaksanaannya yang kudus. Keadaan yang seperti ini tidak akan menjejaskan Islam itu sendiri. Firman Allah:

"Andainya kama berpaling tadah, Allah akan menggantikan kaum yang lain dari kamu, kemudian mereka tidak akan seperti kamu ':

Kauniah permusuhan
Ataupun kaumiah yang dimaksudkan ialah kebangsaan jenis dan darjat dengan memandang rendah dan memusuhi jenis yang lain, mengorbankan jenis yang lain demi kemegahan dan keutuhan satu ummat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Jerman dan Itali, malah sebagaimana yang telah dilaungkan oleh ummat yang mendakwa bahawa merekalah ummat yang tinggi darjatnya dari ummat yang lain maka pengertian ini adalah suatu pengertian yang terkutuk dan tidak sedikitpun mengandungi pengertian kemanusiaan kerana dengan pengertian ini manusia akan berbunuh-bunuhan sesama sendiri demi mengejar bayang-bayang yang tidak wujud pada hakikatnya dan tidak sedikitpun membawa kebaikan.

Dua asas:
Ikhwan Muslimun tidak mengimani pengertian kaumiah yang seperti ini dan pengertian-pengertian yang seumpamanya. Mereka tidak mengatakan Firaunian, Arabian, Finikian atau Surian.
Mereka tidak mengatakan satu pun istilah-istilah dan nama-nama yang digunakan orang lain, tetapi mereka beriman dengan apa yang telah disediakan oleh RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam sebagai manusia yang sempurna, malah guru yang paling sempurna, guru yang telah mengajarkan kebaikan kepada manusia dalam sabdanya: "Allah telah menghapuskan daripada kamu keangkuhan jahiliyyah dan kesombongannya dengan nenek moyangnya, semua manusia dari Adam dan Adam dari tanah. Tidak ada kelebihan bagi orang 'Arab dari orang 'Ajam (bukan Arab) kecuali dengan sifat taqwa': Alangkah menarik, indah dan adilnya, semua manusia dari Adam, dari sudut ini mereka
adalah sama, tinggi rendah manusia adalah berdasarkan amalnya.
Oleh itu kewajipan mereka ialah berlumba-lumba melakukan amal kebajikan. Dua asas yang kuat, seandainya manusia dibina di atas dua asas ini, kemanusiaan akan meningkat tinggi, setinggi langit. Manusia dari Adam dan dengan demikian mereka adalah bersaudara. Kewajipan mereka ialah bekerjasama, damai antara satu sama lain, mengasihani antara sesama mereka dan menunjukkan arah kebaikan sama sendiri. Tinggi dan rendah adalah berdasarkan amal. Oleh itu seharusnya mereka bersungguh-sungguh di bidang masing-masing agar kemanusiaan kelak melunjak tinggi. Adakah saudara lihat insaniah yang lebih tinggi dari itu, atau adakah saudara melihat didikan yang lebih istimewa dari didikan ini?
Sifat-sifat khusus bangsa Arab:
Di samping itu kita tidak mengingkari sifat-sifat khusus dan keistimewaan akhlak sesuatu bangsa, kita mengetahui bahawa tiap-tiap bangsa itu mempunyai keistimewaan, kelebihan dan akhlak yang tersendiri. Kita mengetahui bahawa semua bangsa tidak sama dalam hal ini tetapi ini bukanlah bererti mana-mana bangsa itu boleh menjadikan keistimewaan itu sebagai bibit permusuhan malah mereka haruslah menjadikannya sebagai satu wasilah untuk menunaikan tanggungiawab yang telah dipikulkan oleh semua bangsa tadi, tanggungiawab untuk membangunkan insaniah. Boleh jadi saudara tidak mendapati dalam sejarah satu bangsa di bumi ini yang memahami pengertian ini sebagai mana yang telah difahami oleh ketumbukan bangsa Arab yang terdiri dari sahabat-sahabat RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam.
 Perbicaraan yang panjang ini adalah menurut tuntutan perbincangan dan saya tidak ingin meneruskannya hingga perbicaraan ini membawa kejemuan, oleh itu saya akan kembali kepada
apa yang kita bicarakan.
Ikatan 'aqidah
Setelah perkara ini jelas kepada saudara, ketahuilah, semoga Allah akan menolong saudara, bahawa Ikhwan berpendapat manusia ini terbahagi kepada dua golongan jika dibandingkan dengan Ikhwan.
Sebahagiannya ialah mereka yang beri'tiqad sebagaimana i'tiqad Ikhwan Muslimin terhadap agama dan kitab Allah, beriman dengan kebangkitan Rasul dan apa yang dibawanya. Mereka ini mempunyai hubungan yang suci dengan kita – hubungan 'aqidah. Manakala hubungan 'aqidah bagi kita lebih kukuh dari hubungan darah dan bumi, merekalah kaum keluarga kita yang lebih hampir, kita untuk mereka, kita bekerja untuk mereka, kita rela binasa demi mempertahankan mereka, kita tebus mereka
dengan jiwa dan harta kita tanpa mengira di bumi mana mereka berada dan dari darah mana asal keturunan mereka. Tetapi kaum yang tidak beri'tiqad seperti i'tiqad kita dan masih belum berhubung dengan kita dengan hubungan 'aqidah, kita akan mengambil sikap damai terhadap mereka selagi mereka bersikap damai terhadap kita. Kita ingikan kebaikan mereka selagi mereka tidak memusuhi kita. Kita menganggap bahawa mereka ada hubungan dengan kita, hubungan da'wah. Adalah menjadi kewajipan kita menyeru mereka menganuti 'aqidah kita, kerana di sanalah kebaikan insaniyyah seluruhnya. Kita haruslah menuruti jalan-jalan yang telah ditentukan oleh agama ini untuk kejayaan da'wah. Kalau ada di antara mereka yang memusuhi kita, kita akan menjauhkan permusuhan itu dengan cara yang paling baik, jalan yang pernah dilakukan dalam usaha menolak permusuhan. Sekiranya saudara inginkan bukti yang demikian dari kitab Allah, maka dengarlah firman Allah ini:
“ Sesungguhnya orang-orang mu'min itu bersaudara, maka damaikanlah antara saudara kam u':
"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku 'adil terhadap mereka yang tidak memerangi kamu dalam agama dan tidak mengusir kamu keluar dari negara kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Hanya sanya Allah melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu mereka yang memerangi kamu dalam agama, mengusir kamu keluar dari negara kamu  dan membantu orang lain untuk mengusir kamu ".
Mudah-mudahan dengan ini saya telah mendedahkan kepada saudara satu sudut dari da'wah kita, satu pendedahan yang dapat menghilangkan kesamaran dan kekaburan dalam hati saudara. Mudah-mudahan dengan ini saudara telah mengetahui di pihak mana Ikhwan Muslimun berada.
BERDEPAN DENGAN PERSELISIHAN PENDAPAT  DALAM AGAMA
Sekarang saya akan berbicara dengan saudara tentang da'wah kita berdepan dengan perselisihan-perselisihan pendapat dalam agama dan pendapat mazhab-mazhab.
Perpaduan, bukan perpecahan:
Pertama ketahuilah -- semuga Allah akan membukakan kepada saudara -- bahawa da'wah Ikhwan Muslimin tidak dibataskan kepada golongan-golongan tertentu, tidak juga menyebelahi mana-mana pendapat yang terkerial di kalangan orang ramai dengan satu bentuk yang tertentu, tanggungjawab dan ikatan yang tertentu. Da'wah Ikhwan adalah da'wah yang suci bersih dan tidak dikotori dengan sebarang warna, da'wah yang menyertai kebenaran di mana saja kebenaran itu berada, da'wah yang suka kepada kata sepakat, bencikan pengasingan diri. Sesungguhnya bala besar yang menimpa orang Islam ialah perpecahan dan perselisihan. Dan asas kemenangan mereka ialah kasih sayang dan
kesatuan. Tidak ada sesuatu yang dapat memperbaiki generasi terakhir ummat ini kecuali sesuatu yang telah dapat memperbaiki generasi yang terdahulu. Itulah formula asasi dan matlamat yang jelas bagi setiap saudara Islam, itulah 'aqidah yang termetri dalam sanubari kita, dari sana kita muncul dan ke sana kita seru.
Perselisihan pendapat satu kepastian:
Di samping itu kita mengimani bahawa perselisihan pendapat dalam masalah cabang agama adalah menjadi satu kepastian, dan kita tidak akan dapat kata sepakat dalam masalah-masalah cabang, pendapat-pendapat dan mazhab-mazhab. Hal ini adalah kerana beberapa sebab;
Diantaranya:
Kekuatan akal dalam mengeluarkan istinbat hukum tidak sama, demikian juga tidak sama dalam memahami dalil-dalil, menyelami pengertian-pengertian yang mendalam, juga tidak sama dalam menghubungkan suatu hakikat dengan hakikat yang lain, sedangkan agama adalah merupakan ayat-ayat dan Hadith-Hadith yang ditafsirkan oleh akal dan pendapat dalam batas-batas bahasa dan kaedah-kaedah yang tertentu. Dalam soal ini kemampuan manusia tidak sama, oleh itu perselisihan pendapat adalah satu kepastian. Bertolak dari sinilah sempit dan luasnya ilmu seseorang. A, sampai kepada suatu peringkat yang tidak dapat dicapai oleh B, demikianlah seterusnya. Imam Malik telah
berkata kepada Abi Ja'afar: "Sesungguhnya para sahabat RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam telah terpisah di kota-kota dan tiap-tiap kamu itu mempunyai ilmu, sekiranya engkau memaksa mereka mengikut satu pendapat sahaja akan berlakulah fitnah ':
Termasuk juga dalam persoalan ini ialah perbezaan suasana keadaan masyarakat. Pelaksanaan hukum berbeza menurut perbezaan suasana ini. Saudara lihat Imam Shafie sendiri membawa fatwa dengan pendapatnya yang terdahulu (Qaul qadim) di 'Iraq berlainan dengan fatwanya yang baru (Qaul jadid) di Mesir, sedang beliau dalam dua keadaan ini memilih sesuatu yang jelas dan nyata baginya dengan tidak mengenepikan hak dan kebenaran dalam kedua-dua fatwanya itu.
Selain dari itu termasuk juga dalam masalah khilafiyyah ini perasaan puashati terhadap sesuatu riwayat Hadith sewaktu menerimanya. Kadangkala kita dapati seorang periwayat itu dipercayai (thiqah) menurut imam A, dan saudara berpuas hati dengannya, tidak ragu-ragu menerima sesuatu darinya, sedangkan pada waktu yang sama dan periwayat yang sama mempunyai kecacatan (illah) menurut imam B, berdasarkan pengetahuannya terhadap periwayat itu.
Termasuk juga dalam soal khilafiyyah ini perbezaan penilaian masing-masing terhadap dalil-dalil. Misalnya: A menganggap perbuatan.manusia (secara umum) lebih diutamakan dari kepentingan perseorangan, sedangkan B berpendapat sebaliknya, begitulah seterusnya.
Ijma' dalam perkara cabang
tidak dapat dilakukan
Kesemua sebab-sebab di atas membuatkan kita berkeyakinan bahawa iima' (kata sepakat) dalam suatu perkara cabang agama adalah suatu kemustahilan malah ianya bercanggah dengan tabiat agama itu sendiri. Sesuatu yang dikehendaki Allah ialah agar agama ini kekal sesuai untuk semua keadaan dan masa, cocok untuk semua zaman, dengan itu ternyatalah agama ini mudah, mencala, ringan, lembut, tidak ada kebekuan di dalamnya dan tidak ada kekerasan.
Maaf di atas perselisihan kita:
Kita mempunyai keyakinan demikian, oleh itu kita minta maaf sungguh-sungguh kepada mereka yang berselisih pendapat dengan kita dalam setengah-setengah masalah cabang dan kita berpendapat bahawa perselisihan ini bukanlah menjadi suatu halangan kepada pertalian hati, kasih sayang dan bekerjasama untuk kebaikan, tidak menjadi halangan kepada pengertian Islam yang menyeluruh dengan batasnya yang istimewa dan kandungannya yang luas hingga dapat menghimpunkan kita dan
mereka dalam satu rumpun, bukankah kita Islam dan mereka juga Islam? Tidakkah kita ingin patuh kepada hukum yang menenangkan hati kita dan mereka juga demikian? Tidakkah kita dituntut mengasihi saudara kita seagama sebagaimana kita mengasihi diri kita? Oleh itu apakah yang menyebabkan perselisihan? Kenapa pendapat kita tidak dapat dijadikan sebagai satu pendapat yang masih boleh dibincangkan. Demikian juga sebaliknya pendapat mereka? Kenapa kita tidak bertolakansur dalam  suasana yang hening dan kasih sayang sekiranya di sana masih  ada sebab-sebab yang mendorong kita bertolak ansur?
 Para sahabat RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam berselisih pendapat antara satu sama lain dalam memberi fatwa, tetapi adakah perselisihan ini membawa perselisihan dalam hati mereka? Adakah perselisihan ini memecahkan perpaduan atau ikatan mereka? Tidakkah perselisihan mereka dalam menentukan sembahyang asar di Quraizah merupakan satu contoh yang dekat.
Sekiranya para sahabat berselisih sama sendiri sedangkan mereka adalah orang yang paling hampir kepada zaman Nubuwwah, orang yang paling 'arif tentang qarinah-qarinah hukum, kenapa kita bercakaran sama sendiri kerana masalah khilafiyyah yang remeh dan tidak penting?Sekiranya para imam yang terdahulu telah berselisih pendapat antara satu sama lain, berbahas antara sesama mereka, kenapa kita tidak menerima apa yang telah mereka terima? Sekiranya perselisihan pendapat telah berlaku dalam masalah cabang yang masyhur dan nyata seperti azan yang dilaungkan lima kali sehari, sedangkan di sana banyak nas-nas dan athar yang bersangkutan dengan masalah ini sebagai
 tempat rujukan. Bagaimana pula pendapat saudara dalam masalah terperinci (detail) yang hanya dirujukkan kepada pendapat dan istimbat.
 Setelah itu di sana masih ada suatu perkara yang`harus mendapat perhatian, iaitu, bila perselisihan berlaku, orang ramai akan rujuk kepada "Khalifah" dan pegawai keamanannya. Imam (khalifah) akan bertindak memberi kata putus. Kata putus ini akan menamatkan perselisihan, tetapi sekarang di manakah khalifah itu? Kalau inilah permasalahannya, maka perkara utama bagi ummat Islam hari ini ialah mencari seorang khalifah, setelah persoalan ini selesai mereka akan dapat membentangkan kaedah-kaedah yang mereka pegang kepada khalifah, namun untuk terus dalam perselisihan yang berlarutan tanpa tempat rujuk akan membawa kepada perselisihan yang lain pula.
Ikhwan Muslimin mengetahui sudut ini, oleh itu kita melapangkan dada terhadap orang yang berselisih pendapat dengan kita. Kita berpendapat bahawa tiap-tiap kaum itu mempunyai ilmu pengetahuan yang tersendiri. Kita juga berpendapat bahawa tiap-tiap da'wah itu ada kebenaran dan kesalahannya, kita tunduk kepada kebenaran dan menerimanya. Kita mencuba dengan sedapat daya dan dengan lemah-lembut agar pihak yang berselisihan dengan kita menerima pendapat kita dengan puashati, sekiranya mereka puashati maka itulah yang diharapkan, tetapi sekiranya mereka tidak berpuashati mereka adalah tetap sebagai saudara dalam agama, kita berdoa agar Allah memberi hidayat kepada kita dan mereka.
Perangilah kemunkaran:
Ikhwan Mlislimun menyedari bahawa di sana terdapaf satu sudut dari sudut-sudut kemasyarakatan yang paling merbahaya kepada agama. Alangkah baiknya segenap tenaga da'wah ditumpukan untuk menyatukan manusia memerangi sudut yang merbahaya ini -- bahaya yang menggugat asas agama, sudut yang telah kita persetujui bersama mengingkari dan bekerja untuk menghapuskannya. Inilah manhaj Ikhwan Muslimin berdepan dengan orang yang berselisih pendapat dengan mereka dalam
masalah cabang agama Allah. Saya dapat menyimpulkan kepada saudara bahawa Ikhwan Muslimin mengharuskan perselisihan pendapat, benci kepada sifat fanatik kepada mana-mana pendapat, mereka berusaha untuk mencapai kebenaran dan hak, mendorong manusia untuk mencapai kebenaran dan hak ini dengan jalan yang paling lembut dan kasih sayang.
RAWATAN
Diagnosis:
Saudaraku, ketahui dan pelajarilah bahawa kekuatan ummat, kelemahannya, mudanya, tuanya, sihat dan sakitnya sama keadaannya dengan tubuh badan manusia. Kadangkala saudara lihat seorang itu sihat 'aflat, kuat dan seiahtera, tiba-tiba saudara lihat beliau diserang dan diratah penyakit, susuk tubuhnya digugat penyakit tersebut, beliau meratap dan melaung kesakitan, hinggalah rahmat Allah mendatang padanya dengan munculnya seorang doktor yang mahir dan bijak, mengetahui di.mana tempat penyakit itu, pandai mengesan dan mengenali penyakit itu serta ikhlas dalam memberi rawatan. Setelah beberapa ketika saudara lihat pesakit itu kembali kepada kekuatannya yang asal
dan kesihatannya telah pulih seperti sediakala, malah boleh jadi keadaannya setelah menerima rawatan lebih baik dari sebelumnya. Demikian jugalah yang berlaku kepada sesuatu ummat, sentiasa terdedah kepada kejadian-kejadian zaman yang menggugat keutuhannya, menggegar binaannya, menular ke dalam sendi kekuatannya sebagaimana menularnya penyakit, sering memperdaya dan mencari peluang hingga dapat mene********************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************capai dengan sembuhnya penyakit dan beroleh kesejahteraan.
 Percubaan dan kejadian telah mengajar kita bahawa penyakit yang menyerang lahiriah kehidupan ummat timur ini banyak sudut dan bentuknya.
Dari sudut siasah, timur diserang dengan penjajahan musuh dari satu pihak, manakala di pihak yang lain timur diserang peyakit perpecahan parti, permusuhan dan perpecahan sama sendiri.
Di sudut ekonomi, timur diserang dengan penularan penyakit riba di semua lapisan masyarakat di sainping syarikat-syarikat asing yang menopoli penghasilan dan kekayaan timur.
Di sudut fikiran, timur diserang dengan krisis aliran fikiran yang simpangan perinang, keluar dari landasan yang sebenar, mulhid yang meruntuhkan aqidah dan menghancurkan nilai-nilai ketinggian dalam jiwa generasinya.
Di sudut kemasyarakatan timur diserang krisis pembebasan dari adat resam dan akhlak, bebas dari nilai-nilai insaniyyah yang diwarisi dari nenek moyangnya. Demikian juga diserang dengan penyakit meniru barat yang menular dalam segenap bidang seperti menularnya bisa dalam tubuh yang meracuni darah hingga mengeruhkan kejernihan dan kesentosaannya. Diserang dengan undang-undang ciptaan manusia yang tidak dapat menghalang dan memberi amanah pengaiaran kepada penjenayah, tidak dapat mengajar pelampau dan tidak dapat menghapuskan kezaliman, tidak dapat menandingi undang-undang langit yang diturunkan oleh pencipta alam, raja dari segala raja,
pencipta dan pendidik segala jiwa. Diserang dengan krisis dalam sistem pelajaran dan pendidikan yang menghalang ujudnya satu pimpinan yang sihat untuk kebangunan timur, menghalang
tokoh-tokoh masa depan dan pemikul amanah dari menunaikan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan timur.
 Di sudut kejiwaan timur diserang dengan perasaan putus asa yang membunuh, kebekuan yang membatukan, kebaculan yang terkutuk, perasaan rendah diri yang hina, kepondanan yang merempat, kebakhilan dan keakuan yang mengikat tangan mereka dari menghulurkan sesuatu, menghalang mereka berkorban, menukar ummat ini dari satu barisan mujahidin kepada golongan yang leka dan lalai.
Apakah yang diharapkan dari ummat yang diserang hebat dengan penyakit-penyakit di atas, sedangkan penyakit yang paling buruk ialah peniaiahan dan perpecahan parti, riba dan syarikat
asing yang monopoli, mulhid, pemikiran bebas yang tidak berandasan dan krisis sistem pelaiaran, sistem perundangan, putus asa dan bakhil, pondan dan bacul, kagum terbadap musuh hingga meniru mereka dalam semua perkara terutama dalam bidang-bidang yang tidak mendatangkan faedah.
Salah satu dari penyakit ini telah cukup untuk membunuh mana-mana ummat yang bersatu dalam satu pembangunan, apatah lagi untuk membunuh ummat yang perpecah belah sama sendiri. Kalaulah tidak kerana kewibawaan, keengganan, tabah hati, kecekalan yang ada pada ummat timur yang telah diseret musuh dengan rantai permusuhan dari jauh, dipujuk untuk disuntik dengan kuman penyakit-penyak it di atas sejak zaman berzaman sehingga kuman-kuman itu telah biak...kalaulah tidak kerana perkara-perkara ini sudah lama bangsa timur ini tumpas  dan kesannya tidak akan dapat dilihat dalam wujud. Tetapi Allah  dan orang-orang mu'min tidak merelai perkara ini berlaku.
Saudaraku, inilah diagnosis yang dapat dirasakan oleh Ikhwan Muslimun pada penyakit-penyakit ummat ini dan kerana  inilah mereka bekerja untuk menyembuhkan ummat ini dari penyakitnya, mengembalikan kesihatan dan keremajaannya yang telah hilang.
HARAPAN DAN PERASAAN
Sebelum saya membicarakan tentang wasilah yang harus ada pada kita, saya harap saudara mengetahui bahawa kita tidak putus asa di atas apa yang berlaku pada diri kita, kita mengharapkan kebaikan, kita percaya bahawa tidak ada yang menghalang kita dari kejayaan selain dari perasaan putus asa. Bila harapan kuat dalam jiwa kita insya Allah kita akan mencapai kemenangan dan kebaikan. Oleh itu kita tidak akan putus asa dan alhamdulillah putus asa tidak pernah menembusi pintu hati kita.

Suasana di sekeliling kita meniupkan harapan, sekalipun mereka yang membayangkan sesuatu yang buruk kekal dalam sangkaannya. Bila mulanya beliau bercakap dan bergerak kemudian beransur diam
dan membisu lantas terus tidak bergerak, saudara akan merasa bahawa mautnya semakin hampir, sukar untuk sembuh semula, penyakitnya telah tenat. Tetapi kalau beliau saudara dapati dalam keadaan sebaliknya, dari diam beransur bercakap, dari kaku beransur bergerak, saudara akan merasakan bahawa beliau semakin pulih dan ada perubahan untuk kembali sihat dan 'afiat.

Satu zaman telah berlalu bagi ummat-ummat timur, yang mana dalam zaman itu timur jumud dan beku hinggakan kejumudan dan kebekuan itu menjemu dan membosankannya tetapi sekarang ummat timur telah mendidih dengan satu kesedaran yang menyeluruh dalam segenap dengan perasaan yang hidup dan kuat, memuncak dengan semangat yang kencang, kalaulah tidak kerana rantai penjajahan yang berat dan pimpinan yang kucar kacir nescaya kebangunan ini telah meninggalkan kesan yang menggembirakan, rantai yang berat itu tidak lagi akan merantai sepanjang masa, zaman akan berputar, Allah akan merobah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain dalam sekelip mata, orang-orang yang terpesona tidak akan terus terpesona, kesedaran dan pertunjuk akan mengiringi kesesatan, ketenangan akan membuntuti kegawatan, perkara silam dan akan datang terserah kepada kekuasaan Allah.
Oleh itu kita tidak sekali-kali berputus asa, ayat-ayat Allah, Hadith-hadith RasuluLlah Sallailahu 'alaihi Wasallam dan Sunnah Allah dalam mendidik ummat dan membangunkan bangsa yang hampir-hampir tumpas, kisah-kisah yang diceritakan oleh Al qur'an kepada kita dalam soal ini adalah menyeru kita supaya mempunyai harapan yang besar, memimpin kita kepada kebangunan yang sebenarnya... orang-orang Islam akan mengetahui perkara ini andainya mereka mempelaiarinya.

Di awal surah Al Qasas saudara akan terbaca firman Allah:

"Ta Sin Mim inilah ayat-ayat Kitab (Qur'an) yang nyata. Kami bacakan (bacakan) padamu sebahagian kisah Musa dan Fir'aun dengan benar untuk orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Fir'aun telah bermaharaja lela di bumi, menjadikan penduduknya berpecah belah, menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak- anak lelaki mereka dan membiarkan perempuan-perempuan mereka hidup. Sesungguhnya Fir'aun termasuk dalam golongan orang yang melakukan kebinasaan. Dan kami ingin memberi kurnia kepada orang- orang yang tertindas di bumi dan kami jadikan mereka  pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisinya (bumi) dan kami teguhkan kedudukan  mereka di bumi dan kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta tenteranya apa yang sering mereka khuatirkan darimereka itu':

Saudara baca ayat ini dan saudara lihat bagaimana kebatilan berlaku kejam dan berbangga dengan kekuatannya, yakin dengan kebesarannya, lupa pada kebenaran dan hak yang sering memerhatikannya, hingga apabila beliau merasa senang hati dan gembira dengan apa yang ada padanya Allah menelungkupkannya dengan kekuasaannya yang tidak dapat dihalang, iradah Allah yang tidak merelai selain kemenangan orang-orang yang dizalimi, menolong orang-orang yang tertekan dan tertindas lantas dengan itu kebatilan akan terbungkar dari akar umbinya dan kebenaran tegak dengan binaannya yang kokoh dan kuat, dengan itu pejuang-pejuang kebenaran akan menang.

Ayat ini dan ayat-ayat yang seumpamanya di dalam Al qur'an  tidak memberi keuzuran kepada mana-mana ummat yang beriman kepada Allah, RasulNya dan kitabNya untuk berputus asa dan menyerah kalah. Bilakah ummat Islam akan memahami kitab Allah?

Saudara, oleh kerana pengertian yang seperti ini, dan ianya banyak terdapat dalam agama Allah maka Ikhwan Muslimin tidak pernah merasa putus ass dari pertolongan Allah terhadap ummat ini sekalipun pada kenyataannya banyak halangan dan rintangan. Berdasarkan harapan inilah mereka bekeria bersungguh-sungguh dan dengan penuh harapan. Hanya Allah tempat minta pertolongan.

Adapun wasilah yang telah says janjikan untuk membicarakannya tadi adalah terkandung dalam tiga rukun. Di sekitar tiga rukun inilah berputarnya fikrah Ikhwan Muslimin.

 Pertama -- Manhaj-manhaj yang sah. Ikhwan telah mendapati manhaj ini dalam kitab Allah dan sunnah RasulNya juga dalam hukum-hukum Islam bila orang-orang Islam memahami hukum-hukum itu dengan fahaman yang sebenarnya suci bersih, jauh dari campur aduk dan rekaan yang diada-adakan. Oleh itu Ikhwan Muslimin tekun mengkaii Islam di atas dasar ini, kajian yang mudah, luas dan mencakup segenap bidang.

 Keduanya -- Mu'min yang beramal. Bertolak dari rukun kedua inilah maka Ikhwan Muslimin telah mewaiibkan ke atas diri mereka untuk melaksanakan spa yang mereka fahami dari agama Allah tanpa berlembut dan bertolak ansur. Alhamdulillah mereka beriman dengan fikrah mereka, yakin dengan matlamat mereka, percaya terhadap pertolongan Allah kepada mereka selagi mereka bekeria untuk Allah dan berialan mengikut pertunjuk RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam.

 Ketiganya -- Pemimpin yang cekal dan dipercayai. Ikhwan Muslimin telah mendapati pimpinan yang seperti ini. Mereka mematuhi dan bekerja di bawah benderanya.

 Saudaraku, inilah secara umum apa yang ingin saya bicarakan dengan saudara tentang da'wah kita, perbincangan yang masih boleh dita'birkan dan saudara adalah Yusuf yang mampu membuat penta'biran kepada impian ini. Apabila saudara tertarik melihat keadaan kami maka letakkanlah tangan saudara di atas tangan kami agar kita dapat sama-sama bekerja di jalan ini.
Hanya Allah yang akan memberi taufiq kepada saudara dan kami, dialah tumpuan harapan kita, dialah paling ni'mat tempat kita berserah:

"Dia (Allah) adalah pelindungmu, maka dialah sebaik- baik pelindung dan sebaik-baik penolong':


"Allah maha besar dan segala puji bagi Allah”.